SOROTAN PEMBINAAN PERADABAN ISLAM MELALUI KERANGKA EPISTEMOLOGI ISLAM

Authors

  • Safiah Abd Razak

Keywords:

Peradaban. Epistemologi. Islam.

Abstract

Peradaban Islam terbukti telah menyumbang kepada pembinaan tamadun dunia samada di  Afrika, Asia, Andalus dan sebahagian besar Eropah. Pencapaian hebat ini meliputi bidang-bidang ilmu yang utama dan dicatatkan dalam sejarah. Rahsia kejayaan adalah terletak kepada kefahaman Islam yang seimbang dan syumul dalam kalangan para sarjana dan cendekiawan Islam. Artikel  ini cuba membahaskan peranan kefahaman umat Islam terhadap konsep  epistemologi Islam sebagai asas penting pembinaan peradaban Islam yang cemerlang. Kerangka epistemologi Islam ini akan diteliti bagi mengembalikan semula kegemilangan umat Islam masa lalu serta meletakkan kedudukan umat Islam masa kini  sebagai khalifah Allah di muka bumi dalam posisi yang sebenarnya. Kajian ini bersifat kualitatif yang mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan. Data-data kajian dikumpulkan melalui buku-buku, jurnal-jurnal, kertas-kertas persidangan dan kajian ilmiah. Dapatan kajian merumuskan bahawa ilmu epistemologi penting dalam memahami asas-asas pengetahuan dan sumber kebenaran. Dengan mempelajari prinsip-prinsip epistemologi, umat Islam dapat memahami keabsahan dan kekuatan wahyu sebagai sumber pengetahuan yang utama. Perbezaan epistemologi Islam dan Barat adalah berbeza pada pendekatan asas, dan pemahaman asas mengenai pengetahuan dan sumber kebenaran. Epistemologi Barat cenderung berpusat pada pengetahuan yang diperoleh melalui pengamatan, penelitian ilmiah, dan akal manusia yang menjadikan sumber kebenaran utama adalah pengalaman empirikal dan metod saintifik. Ianya berbeza dalam Islam, peranan akal (reason) dan wahyu (revelation) saling berkaitan. Akal digunakan untuk merenung dan memahami wahyu, sementara wahyu memberikan petunjuk dan batasan bagi akal. Peradaban Islam masa lalu berjaya dibina ekoran kesyumulan fahaman umat Islam terhadap kerangka ilmu. Umat Islam dahulu memahami kedudukan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta tuntutan integrasi antara kedua-dua ilmu tersebut. Strategi dan langkah penting yang perlu diambil oleh umat Islam hari ini bagi memegang teraju dunia dari segi pencapaian peradaban yang gemilang adalah kembali meneliti dan memahami epistemologi Islam seterusnya melaksanakannya  berasaskan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.  

Downloads

Published

2024-10-31

How to Cite

Safiah Abd Razak. (2024). SOROTAN PEMBINAAN PERADABAN ISLAM MELALUI KERANGKA EPISTEMOLOGI ISLAM. Jurnal Al-Sirat, 24(2), 30-46. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/356

Most read articles by the same author(s)