MAQAMAT DALAM PSIKOSPIRITUAL ISLAM: TEKNIK INTERVENSI UNTUK KEBIMBANGAN SOSIAL
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i1.408Keywords:
Kebimbangan sosial, Psikospiritual Islam, MaqamatAbstract
Kebimbangan sosial yang juga dikenali sebagai fobia sosial merupakan satu bentuk gangguan yang menjadikan penghidapnya berasa takut, bimbang daan cemas ketika berada dalam situasi sosial. Gangguan kebimbangan sosial merupakan gangguan ketiga terbesar selepas kemurungan. Sehubungan dengan itu, intervansi yang menfokuskan kepada spiritual seperti konsep Maqamat dilihat dapat membantu dalam mengawal gangguan ini. Walau bagaimanapun, intervansi kebimbangan sosial melalui pendekatan kerohanian masih kurang dibahas dan diterokai. Oleh yang demikian, jian ini bertujuan untuk meneroka konsep Maqamat berdasarkan pendekatan psikospiritual Islam sebagai intervansi kebimbangan sosial. Melalui tinjauan literatur ini, didapati bahawa Maqam Taubat, Maqam Syukur, Maqam Tawakkal dan Maqam Reda dapat dijadikan intervansi kepada kebimbangan sosial. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran berkaitan masalah kebimbangan sosial agar masyarakat lebih mengambil cakna tentang isu-isu berkaitan kesihatan mental ini.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.