PENGURUSAN DAKWAH KEPADA SAUDARA BARU DI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEAINS) SATU TINJAUN AWAL

Authors

  • Ahmad Effat Mokhtar

Keywords:

Pengurusan dakwah, Pemelukan Islam, Isu-Isu Saudara Baru, JHEAINS.

Abstract

Pengurusan dakwah kepada saudara baru merupakan salah satu isu penting yang yang diberi perhatian oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Pengetahuan ilmu agama Islam kepada golongan ini perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa agar kefahaman ajaran Islam dapat diamalkan sebagai seorang muslim. Pelbagai agensi Islam ingin melihat golongan saudara baru perlu diberi pencerahan yang sewajarnya dalam memahami ajaran agama Islam setelah menerima Islam dan tiada isu-isu besar yang menjadi penghalang untuk mencapai tujuan tersebut. Kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemelukan agama Islam. Di samping itu kajian juga bertujuan untuk mengetahui isu-isu yang dihadapi oleh saudara baru setalah memeluk Islam dapat diselesaikan mengikut perancangan yang telah disusun. Kajian ini mengunapakai metodelogi kualitatif dengan mendapatkan maklumat daripada laporan JHEAINS dan kajian penyelidik yang terdahulu dari buku, artikel jurnal, artikel prosiding dan tesis dengan menganalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati pengurusan dakwah kepada saudara baru mencakupi pelbagai aspek seperti pengurusan dalam aspek kelas fardu ain, aspek bantuan kewangan yang melibatkan bantuan sara hidup, pendidikan, sewaan, perniagaan, perkahwinan, pembayaran bil-bil dan sebagainya. Kajian ini mendapati bahawa saudara baru umumnya berpuashati dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan NGO kepada mereka, walaupun begitu terdapat beberapa kekurangan dalam pengurusan yang perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa untuk menjamin kebajikan saudara baru terjaga. Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada pendakwah dalam menentukan dan mengaplikasikan pengurusan dakwah yang sesuai kepada saudara baru di JHEAINS. 

Downloads

Published

2024-10-31

How to Cite

Ahmad Effat Mokhtar. (2024). PENGURUSAN DAKWAH KEPADA SAUDARA BARU DI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEAINS) SATU TINJAUN AWAL. Jurnal Al-Sirat, 24(2), 89-101. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/362