PENERAPAN FIQH AL-DA’WAH DALAM MASYARAKAT MULTI ETNIK DI MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.534Keywords:
Fiqh dakwah, multi-etnik, mad’u, fiqh awlawiyyat, fiqh al-waqi’Abstract
Sebagai sebuah negara yang dilatari oleh oleh masyarakat majmuk dengan pelbagai etnik, Malaysia menjadi hub dakwah yang penting di rantau Asia Tenggara berdasarkan faktor sejarah, kepimpinan, pengurusan hal ehwal Islam yang berstruktur dan eko sistem politik yang masih dikira aman. Kemajmukan ini memerlukan pendekatan dakwah yang relevan, sesuai dan harmoni. Artikel ini cuba mengupas konsep fiqh dakwah dan bagaimana ia boleh berperanan dalam konteks dakwah terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam hal ini, fiqh dakwah yang fleksibel dan inklusif dapat memupuk keharmonian serta mengurangkan konflik antara etnik, kepercayaan dan agama yang berbeza. Metode yang digunakan dalam menghasilkan penulisan ini ialah berdasarkan analisis dokumen dengan merujuk jurnal, buku dan lain-lain dokumen berkaitan subjek kajian. Melalui analisis literatur dan pengalaman di lapangan mendapati perlunya pendekatan yang inklusif dan akomodatif berdasarkan penguasaan terhadap fiqh dakwah terhadap aspek budaya dan identiti etnik dalam usaha menyebar dakwah yang berkesan di Malaysia. Analisis literatur mendapati fiqh dakwah memainkan peranan penting dalam memastikan Islam dapat diterima secara harmoni dalam masyarakat majmuk Malaysia yang beragam kepercayaan, adat dan budaya etnik yang pelbagai. Adalah penting para pendakwah menguasai fiqh dakwah dalam memastikan mesej dakwah diterima baik mad’u seterusnya mengelakkan fitnah terhadap agama.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




