APLIKASI TEKNOLOGI DIGITAL DALAM MENINGKATKAN REGULASI KENDIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM

Authors

  • Wan Suhana binti Wan Mohammad
  • Hafizhah Zulkifli

Keywords:

Aplikasi teknologi digital, regulasi kendiri, guru pendidikan Islam.

Abstract

Dalam era globalisasi pada hari ini, aplikasi teknologi digital memainkan peranan penting kepada semua penggunanya. Ini kerana semuanya terletak di hujung jari dan boleh mendatangkan kesan sama ada kesan positif atau negatif kepada pengguna. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi teknologi digital masa kini yang boleh meningkatkan regulasi kendiri guru pendidikan Islam. Ini kerana pendekatan teknologi yang digunakan boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam serta menjadikan mereka kreatif dalam menarik minat murid untuk terus belajar. Kreatif dan inovatif seorang guru pendidikan Islam bergantung kepada keupayaan dan keinginan mereka untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan aplikasi teknologi digital. Ini kerana jika guru pendidikan Islam masih berada di takut lama dan tidak berminat terhadap aplikasi teknologi digital, maka ia akan memberi kesan yang tidak baik di dalam peningkatan regulasi kendiri.

Downloads

Published

2025-04-29

How to Cite

Wan Suhana binti Wan Mohammad, & Hafizhah Zulkifli. (2025). APLIKASI TEKNOLOGI DIGITAL DALAM MENINGKATKAN REGULASI KENDIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM. Jurnal Al-Sirat, 25(1), 1-7. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/392