PEMBELAJARAN PERIBADI MURID TINGKATAN EMPAT DALAM MENGHADAPI UJIAN TILAWAH, HAFAZAN AL- QURAN DAN BACAAN HADIS (UTQH)
Keywords:
UTQH, SPM, pembelajaran peribadi, Pendidikan Islam.Abstract
Murid-murid Tingkatan Empat merupakan golongan yang paling sesuai diberikan pendedahan awal untuk mempersiapkan diri menghadapi Ujian Tilawah, Hafazan al-Quran, dan bacaan hadis (UTQH) sebagai persediaan melengkapkan keperluan kertas peperiksaan Pendidiakn Islam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penulisan ini bertujuan menjelaskan kaedah pembelajaran peribadi murid sebagai persiapan menghadapi peperiksaan UTQH untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM. Kajian dibuat dengan reka bentuk kuantitatif, menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran peribadi murid dalam pelbagai dimensi pembelajaran peribadi, termasuk pembelajaran menggunakan bahan rutin, bahan sampingan, teknologi, pemantapan kemahiran kendiri, serta pengulangan dan penilaian berterusan. Selain mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pembelajaran peribadi dan mengetahui strategi pembelajaran peribadi yang paling berkesan dalam persediaan menghadapi UTQH. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid menunjukkan kecenderungan yang tinggi dalam pembelajaran menggunakan bahan rutin, bahan sampingan, teknologi, serta melalui pengulangan dan penilaian berterusan. Namun begitu, tahap kemahiran kendiri murid didapati memerlukan perhatian dan usaha penambahbaikan dalam aspek ini. Kaedah pembelajaran peribadi diharapkan dapat membantu mencapai matlamat pendidikan Islam yang holistik, melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi juga berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.