PERKAHWINAN BAWAH UMUR MENURUT SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Nurul Nadia Brahanuddin
  • Nur Bahirah Baharum

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.451

Abstract

Isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur mula dibahaskan oleh pelbagai lapisan masyarakat setelah berlakunya beberapa kes perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Artikel ini akan membincangkan tentang kedudukan perkahwinan bawah umur daripada perspektif undang-undang di Malaysia yang secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu undang-undang sivil dan Syariah. Selain itu, kaedah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen primer dan sekunder antara lainnya seperti peruntukan yang terkandung dalam Akta dan Enakmen-enakmen Negeri, kes-kes yang dilaporkan dan penulisan akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peruntukan berkaitan perkahwinan bawah umur di dalam undang-undang di Malaysia baik Sivil mahupun Syariah walaupun peruntukan dalam undang-undang Syariah berbeza-beza mengikut negeri. Selain itu, terdapat juga garis panduan yang digunapakai oleh Hakim-hakim dalam memutuskan suatu prosiding perkahwinan bawah umur. Namun demikian, tidak ada perincian secara spesifik di dalam garis panduan tersebut mengenai pertimbangan yang perlu diambil kira dalam memberikan kebenaran bagi perkahwinan yang melibatkan pasangan bawah umur. Artikel ini juga mendapati wujudnya implikasi negatif terhadap kanak-kanak hasil perkahwinan di bawah umur.

Downloads

Published

2025-10-31

How to Cite

Brahanuddin, N. N., & Baharum, N. B. (2025). PERKAHWINAN BAWAH UMUR MENURUT SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA . Jurnal Al-Sirat, 25(2), 113-124. https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.451