PENDEKATAN TEORI DAN PRAKTIK DALAM PERANCANGAN DASAR WANITA: SATU TINJAUAN LITERATUR KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PAHANG 2027–2032

Authors

  • Mohammad Ramzi Zakaria
  • Ainun Mardhiah Salehudin
  • Azriana Ridouan
  • Nurul Nadia Brahanuddin
  • Yusliha Mohd Yunus

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.522

Keywords:

pendekatan teori, praktik, perancangan dasar wanita, tinjauan literatur, negeri Pahang

Abstract

Pemerkasaan wanita merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat yang inklusif, adil, dan mampan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendekatan teori dan praktik dalam perancangan dasar wanita melalui sorotan literatur yang komprehensif, seterusnya mencadangkan satu pelan tindakan holistik bagi pelaksanaan Dasar Pembangunan Wanita Negeri Pahang 2027–2032. Dengan mengambil kira kepelbagaian geografi dan demografi negeri Pahang termasuk komuniti FELDA, luar bandar, orang asli dan wanita bandar, pelan yang dicadangkan menekankan keperluan pendekatan dasar yang kontekstual, inklusif dan bersepadu. Hasil tinjauan literatur menunjukkan bahawa dasar pembangunan wanita yang berkesan perlu bersifat rentas sektor dan menumpukan kepada enam bidang strategik: ekonomi dan keusahawanan; pendidikan, ICT dan modal insan; kebudayaan dan ekonomi kreatif; perlindungan sosial, kesihatan dan perundangan; kekeluargaan dan keseimbangan kerjaya; serta kepimpinan dan penyertaan wanita. Antara inisiatif yang dicadangkan termasuk penubuhan Hab Keusahawanan Wanita Pahang (HKWP), Program Literasi Digital Wanita Pahang (PLDWP), Program Pemerkasaan Warisan Wanita (PPWW), Pelan Perlindungan Wanita Negeri Pahang (PPWNP), Pusat Penjagaan Komuniti Wanita Bekerja (PPKWB), dan Akademi Kepimpinan Wanita Pahang (AKWP). Kajian ini menyimpulkan bahawa perancangan dasar wanita yang bersandarkan teori pembangunan inklusif dan digerakkan oleh bukti amalan terbaik mampu menjadi pemacu utama kepada kemajuan wanita di negeri Pahang dalam tempoh perancangan lima tahun akan datang.

Downloads

Published

2026-04-30

How to Cite

Zakaria, M. R. ., Salehudin, A. M. ., Ridouan, A. ., Brahanuddin, N. N., & Mohd Yunus, Y. . (2026). PENDEKATAN TEORI DAN PRAKTIK DALAM PERANCANGAN DASAR WANITA: SATU TINJAUAN LITERATUR KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PAHANG 2027–2032. Jurnal Al-Sirat, 26(1), 107-112. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.522

Most read articles by the same author(s)