DOKUMEN HIBAH SEBAGAI BUKTI PEMILIKAN HARTA BERDASARKAN ANALISIS KES MAHKAMAH SYARIAH
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.516Keywords:
Dokumen hibah, Hibah harta, Qabd, Mahkamah SyariahAbstract
Hibah merupakan instrumen perancangan harta Islam yang semakin diamalkan bagi memastikan pemindahan harta dapat dilaksanakan semasa hayat pemberi hibah. Namun, dalam amalan kehakiman di Malaysia, dokumen hibah yang disediakan sering dipertikaikan di Mahkamah Syariah apabila elemen rukun dan syarat hibah, khususnya sighah dan qabd, gagal dibuktikan dengan jelas. Keadaan ini menimbulkan ketidakpastian terhadap kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian kes terhadap beberapa penghakiman Mahkamah Syariah yang melibatkan hibah mutlak, hibah bersyarat dan hibah harta bercagar. Hasil kajian mendapati bahawa Mahkamah Syariah tidak menerima dokumen hibah secara automatik sebagai bukti muktamad pemilikan harta, sebaliknya menilai kesahihannya berdasarkan pematuhan rukun dan syarat hibah serta pembuktian elemen qabd. Kajian ini juga mendapati wujud ketidakseragaman dalam penghakiman kes hibah akibat ketiadaan undang-undang hibah yang khusus. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pewujudan garis panduan pelaksanaan hibah dan penggubalan undang-undang hibah yang komprehensif bagi memperkukuh kepastian hukum dan amalan hibah di Malaysia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




