ANALISIS ISU-ISU SYARIAH DALAM PELABURAN SAHAM

Authors

  • Muhammad Muhsin Suhaimi
  • Mohd Aiman Barudin
  • Nurul Athirah Mohd Azmi

Keywords:

pelaburan, saham, patuh syariah, halal dan haram.

Abstract

Urus niaga saham merupakan satu aktiviti pelaburan yang penting dalam sistem kewangan moden, di mana individu dan institusi membeli serta menjual pegangan ekuiti dalam syarikat tersenarai. Aktiviti ini bukan sahaja memainkan peranan dalam menjana keuntungan kepada pelabur, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengumpulan modal. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, urus niaga saham menimbulkan beberapa persoalan dari sudut syariah, terutamanya berkaitan dengan pemilihan syarikat yang patuh syariah, unsur riba, gharar dan maisir serta amalan spekulasi berlebihan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu syariah yang wujud dalam urus niaga saham bagi memastikan aktiviti pelaburan ini selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah deduktif berpandukan kerangka prinsip-prinsip syariah iaitu larangan riba, gharar dan maisir. Kajian ini mendapati bahawa pelaburan saham yang patuh syariah dapat memberikan manfaat ekonomi kepada masyarakat Islam, namun ia memerlukan penelitian yang mendalam terhadap sumber pendapatan syarikat yang masih lagi terdapat sumber-sumber tidak patuh syariah dalam pelaburan saham. Kesimpulannya, usaha berterusan daripada pihak Kerajaan, pemain industri saham, pihak-pihak berkepentingan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta orang ramai melibatkan pelabur Muslim amat penting bagi memastikan kesinambungan pelaburan saham patuh syariah terus meningkat dan menjadi dominan di pasaran saham tempatan.

Downloads

Published

2025-04-30

How to Cite

Muhammad Muhsin Suhaimi, Mohd Aiman Barudin, & Nurul Athirah Mohd Azmi. (2025). ANALISIS ISU-ISU SYARIAH DALAM PELABURAN SAHAM. Jurnal Al-Sirat, 25(1), 157-171. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/415