PERANAN MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG DALAM MEMPERKASA PROFESION PEGUAM SYARIE MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-WATAN DAN MAQĀṢID AL-SYARĪ‘AH

Authors

  • Abdul Halim Abdul Karim
  • Nurul Syuhadah Azalan
  • Nur Bahirah Baharum
  • Nurul Nadia Brahanuddin
  • Nurul Athirah Mohd Azmi

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.608

Keywords:

Peguam Syarie, MUIP, Fiqh al-Watan, Maqāṣid al-Syarī‘ah, tadbir urus

Abstract

Profesion Peguam Syarie merupakan komponen penting dalam sistem keadilan syariah, manakala Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) merupakan institusi yang bertanggungjawab mengawalselia profesion tersebut. Pada masa kini, MUIP masih belum mempunyai sistem pengurusan perkhidmatan peguam syarie yang bersepadu dan digital, sekali gus penyampaian maklumat serta penilaian prestasi secara sistematik. Kajian ini bertujuan menganalisis peranan MUIP dalam memperkasa profesion Peguam Syarie di Pahang berdasarkan perspektif Fiqh al-Watan dan Maqāṣid al-Syarī‘ah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan, dengan data dikumpulkan daripada analisis dokumen, buku, artikel jurnal, enakmen, statut dan laman sesawang berkaitan. Data dianalisis menggunakan analisis kandungan bagi mengenal pasti tema berkaitan. Dapatan menunjukkan bahawa MUIP berperanan bukan sahaja dalam penerimaan, pentauliahan dan kawal selia, tetapi juga dalam memperkasa kompetensi, integriti, profesionalisme dan kualiti perkhidmatan Peguam Syarie. Pemerkasaan ini berteraskan konteks kesultanan, syariat dan adat Pahang serta prinsip Maqāṣid al-Syarī‘ah yang menekankan amanah, keadilan dan kemaslahatan. Kajian mencadangkan MUIP memperkukuh pembangunan profesional, etika, integriti dan pendigitalan tadbir urus bagi membentuk profesion Peguam Syarie yang kompeten, berintegriti dan responsif demi pengukuhan keadilan syariah dan kemaslahatan masyarakat.

Downloads

Published

2026-10-28

How to Cite

Abdul Karim, A. H. ., Azalan, N. S. ., Baharum, N. B., Brahanuddin, N. N., & Mohd Azmi, N. A. . (2026). PERANAN MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG DALAM MEMPERKASA PROFESION PEGUAM SYARIE MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-WATAN DAN MAQĀṢID AL-SYARĪ‘AH. Jurnal Al-Sirat, 26(2), 157-173. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.608

Most read articles by the same author(s)