ANALISIS PERBANDINGAN PERUNDANGAN BERKAITAN HARTA SEPENCARIAN DI PAHANG DAN INDONESIA
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.511Keywords:
analisis perbandingan, harta sepencarian, undang-undangAbstract
Harta sepencarian merupakan prinsip penting dalam perundangan kekeluargaan Islam yang menegaskan keadilan dalam pembahagian harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan doktrinal menerusi penelitian persamaan dan perbezaan harta sepencarian menurut undang-undang di Pahang (Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri Pahang 2005) dan undang-undang di Indonesia (Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 1 Tahun 1974 Tentang Perkahwinan dan Kompilasi Hukum Islam di Indonesia). Kedua-dua negeri menggariskan perundangan berpandukan kepada prinsip keadilan menurut hukum syarak. Namun begitu, melalui hasil kajian ini terdapat perbezaan dan kelompongan dari sudut pewartaan undang-undang. Analisis perbandingan ini penting bagi mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan agar pelaksanaan harta sepencarian memenuhi keperluan masyarakat semasa dan selari dengan kemaslahatan yang dianjurkan dalam ajaran agama Islam.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




