CABARAN PENGURUSAN SUMBER PENDAPATAN BAITULMAL DI MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP)

Authors

  • Muhammad Assyifaa Ulhayat Jahidin
  • Mohammad Ramzi Zakaria
  • Mohamad Rahijan Abdul Wahab

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.454

Abstract

Artikel ini membincangkan cabaran dan strategi memperkasa pengurusan sumber pendapatan Baitulmal di bawah seliaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Sebagai institusi kewangan Islam yang berperanan penting dalam menguruskan harta umat Islam termasuk zakat, wakaf, dan sedekah, kecekapan Baitulmal amat bergantung kepada kemampuan menjana pendapatan secara bersepadu dan lestari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur melibatkan tujuh (7) orang informan yang terdiri daripada pegawai kanan MUIP, ahli akademik, dan tokoh korporat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan Baitulmal. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah triangulasi bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan dapatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat dua cabaran utama dalam pengurusan sumber pendapatan Baitulmal MUIP, iaitu keperluan kepada pertambahan dan kepelbagaian sumber pendapatan, dan cabaran kolaborasi dengan pihak berkepentingan. Kelemahan kutipan zakat berbanding negeri-negeri lain serta kekangan dalam pelaksanaan pelaburan ekonomi berasaskan wakaf dikenal pasti sebagai faktor utama yang menjejaskan keupayaan kewangan institusi. Selain itu, isu birokrasi, kekurangan tenaga kerja berkemahiran, dan tahap kerjasama yang rendah antara agensi turut menjadi halangan kepada keberkesanan operasi. Bagi mengatasi cabaran tersebut, kajian ini mencadangkan beberapa strategi utama, termasuk diversifikasi sumber pendapatan melalui pelaburan strategik berasaskan syariah, pendigitalan sistem kutipan dan agihan, peningkatan kompetensi sumber manusia, pengukuhan jaringan kerjasama strategik, serta semakan semula kerangka perundangan dan dasar dalaman. Cadangan ini diharap dapat memperkukuh kedudukan kewangan Baitulmal MUIP sekaligus memastikan institusi ini terus relevan sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi umat Islam di negeri Pahang. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa transformasi pengurusan Baitulmal secara holistik amat diperlukan bagi menjamin kelestarian fungsinya sejajar dengan maqasid syariah dan aspirasi pembangunan Islam kontemporari.

Downloads

Published

2025-10-31

How to Cite

Jahidin, M. A. U., Zakaria, M. R., & Abdul Wahab, M. R. (2025). CABARAN PENGURUSAN SUMBER PENDAPATAN BAITULMAL DI MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP). Jurnal Al-Sirat, 25(2), 124-131. https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.454