PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DALAM MENANGANI GEJALA PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB KELUARGA DI MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Addi Zawawi Azman
  • Mohammad Ramzi Zakaria
  • Mohd Saifuddin Abdul Karim

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.523

Keywords:

Pengabaian, undang-undang Syariah, nafkah, qiwamah, perceraian

Abstract

Pengabaian tanggungjawab keluarga merupakan isu yang semakin membimbangkan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kegagalan suami dan isteri menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing, termasuk pemberian nafkah, pengabaian keibubapaan, dan perceraian luar mahkamah, boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga serta pembangunan sosial dan moral. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kaedah doktrinal, bagi mengenal pasti bentuk pengabaian tanggungjawab keluarga dalam kalangan masyarakat Islam serta peranan undang-undang Syariah dalam menanganinya. Penyelidikan ini juga menekankan peranan penguatkuasaan undang-undang Syariah, terutamanya melalui Akta 303 dan peruntukan berkaitan, dalam menangani gejala tersebut. Mahkamah Syariah bersama agensi agama seperti Bahagian Sokongan Keluarga dan Jabatan Agama Negeri memainkan peranan penting dalam memastikan hak keluarga Islam dipelihara. Kajian ini turut membincangkan cabaran penguatkuasaan serta cadangan penambahbaikan melalui pendidikan, kerjasama agensi, dan pemantapan sistem penguatkuasaan.

Downloads

Published

2026-04-30

How to Cite

Azman, M. A. Z. ., Zakaria, M. R. ., & Abdul Karim, M. S. . (2026). PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DALAM MENANGANI GEJALA PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB KELUARGA DI MALAYSIA. Jurnal Al-Sirat, 26(1), 113-121. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.523