KEGANASAN RUMAH TANGGA: PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM KERANGKA SYARIAH
Keywords:
keganasan rumah tangga, pencegahan, penyelesaian, syariahAbstract
Keganasan rumah tangga merupakan isu serius yang memberi impak negatif terhadap kesejahteraan fizikal, emosi dan mental individu yang terlibat, khususnya wanita dan kanak-kanak. Dalam konteks masyarakat Islam,keganasan rumah tangga sering kali dianggap bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah yang menekankan kasih sayang, keadilan dan hormat-menghormati antara suami dan isteri. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pendekatan pencegahan dan penyelesaian keganasan rumah tangga dalam kerangka syariah secara qualitatif dengan menganalisis seksyen-seksyen yang terlibat dalam Akta Keganasan Rumah Tangga dan Kanun Keseksaan serta kes-kes berkaitan keganasan rumah tangga. Tambahan lagi, kajian menambahbaikan pendekatan pencegahan merangkumi pendidikan tentang hak dan tanggungjawab pasangan dalam perkahwinan, selain penguatkuasaan undang-undang yang memberi perlindungan kepada mangsa. Sementara itu, penyelesaian dalam kerangka syariah memfokuskan kepada kaedah mediasi, perundingan dan tindakan undang-undang yang seimbang bagi memastikan keadilan ditegakkan tanpa menjejaskan maruah individu. Kajian ini juga menekankan peranan institusi agama dan masyarakat dalam menangani isu ini, termasuk kempen kesedaran dan sokongan kepada mangsa. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan panduan bagi memperkukuhkan usaha pencegahan dan penyelesaian keganasan rumah tangga yang berlandaskan syariah demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat.
Downloads
Published
Versions
- 2025-05-23 (2)
- 2025-04-30 (1)