KUASA DAN HAD PENARIKAN KES OLEH PENDAKWA SYARIE: SUATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF ACARA JENAYAH SYARIAH
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.513Keywords:
pendakwa syarie, jenayah syariah, penarikan kes, had dan kuasa, keadilanAbstract
Pendakwa Syarie merupakan individu penting dalam sesebuah prosiding Jenayah Syariah. Beliau mempunyai kuasa untuk memulakan, memberhentikan dan meneruskan sesuatu prosiding jenayah di Mahkamah Syariah sebagaimana yang termaktub dalam peruntukan Akta dan Enakmen negeri masing-masing. Kuasa yang diberikan kepada pihak pendakwaan ini tidak bersifat mutlak namun masih bergantung kepada budi bicara dan kebenaran mahkamah yang bertindak sebagai mekanisme kawalan bagi memelihara keadilan dalam undang-undang Jenayah Syariah. Penulisan ini akan membincangkan mengenai konsep penarikan kes oleh pendakwa Syarie, had kuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang, justifikasi penarikan kes oleh Pendakwa Syarie dan implikasi penarikan kes oleh Pendakwa Syarie terhadap OKT. Kajian mengenai isu ini menggunakan pendekatan doktrinal melalui tinjauan literatur daripada kajian-kajian terdahulu, di samping analisis terhadap peruntukan statut dan kes-kes mahkamah yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa keputusan penarikan kes dibuat bukan atas dasar kepentingan sesuatu pihak tetapi dibuat dengan justifikasi yang kukuh antaranya kesilapan dalam teknikal prosedur siasatan, kelemahan dalam pembuktian elemen pertuduhan, representasi yang diberi oleh Peguam Syarie OKT dan maslahah dalam pentadbiran keadilan Jenayah Syariah. Implikasi dari penarikan kes ini membawa kepada pelepasan dan pembebasan (DAA) atau pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) terhadap OKT.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




