PELAKSANAAN HUKUMAN SEBATAN SYARIAH DI TEMPAT TERBUKA: SATU KAJIAN MENURUT MAQASID AL-SYARIAH
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.518Keywords:
sebatan, syariah, terbuka, maqasid al-syariah, pemeliharaan maruahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan hukuman sebatan syariah secara terbuka berdasarkan perspektif maqasid al-syariah. Secara khusus, kajian ini meneliti asas dalil syarak berkaitan hukuman sebatan, menjelaskan tatacara serta hikmah pelaksanaannya, dan menilai sejauh mana hukuman tersebut berperanan dalam pemeliharaan agama, nyawa, akal, maruah serta keamanan masyarakat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menilai implikasi pelaksanaan sebatan terbuka terhadap masyarakat dan imej Islam, serta mengemukakan cadangan penambahbaikan agar pelaksanaannya selari dengan prinsip syariah dan konteks semasa. Dari sudut metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Data dikumpulkan melalui analisis teks al-Quran, hadis Nabi SAW, pandangan fuqaha klasik dan kontemporari, serta dokumen perundangan syariah yang berkaitan dengan pelaksanaan hukuman sebatan. Kerangka maqasid al-syariah digunakan sebagai asas analisis bagi menilai tujuan, hikmah dan kesan pelaksanaan hukuman tersebut. Di samping itu, kaedah perbandingan turut diaplikasikan untuk menilai kelebihan, cabaran dan implikasi pelaksanaan sebatan terbuka terhadap masyarakat, sekali gus memastikan dapatan kajian bersifat menyeluruh dan berlandaskan prinsip syariah.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




