KESEIMBANGAN PEKERJAAN-KEHIDUPAN: KONSEP, REALITI MODEN DAN CABARAN DI MALAYSIA

Authors

  • Adila Abdullah
  • Norazmi Anas
  • Wan Saudah Wan Azli
  • Mohd Erfino Johari
  • Mohammad Khairuddin Majidillah
  • Humairaa Hasan
  • Anis Abdullah

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.581

Keywords:

Keseimbangan pekerjaan-kehidupan, work-life balance, tekanan kerja, burnout, kesejahteraan pekerja, RAHMAH Madani, etos kerja Islam, Malaysia

Abstract

Keseimbangan pekerjaan-kehidupan (work-life balance, WLB) merupakan elemen penting dalam memastikan kesejahteraan pekerja serta kelestarian prestasi organisasi, khususnya dalam konteks Malaysia yang berdepan peningkatan tekanan kerja dan risiko burnout. Kajian ini membincangkan konsep, realiti semasa serta cabaran WLB dalam kalangan pekerja di Malaysia, di samping meneliti keperluan integrasi etos kerja Islam melalui kerangka RAHMAH Madani sebagai pendekatan holistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui sorotan literatur terhadap kajian-kajian terdahulu yang berkaitan WLB, tekanan kerja, burnout, budaya organisasi dan sokongan sosial. Literatur dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti pola utama, dapatan penting serta jurang kajian yang wujud dalam bidang ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketidakseimbangan WLB dalam kalangan pekerja di Malaysia dipengaruhi oleh faktor seperti beban kerja yang tinggi, tekanan organisasi, konflik peranan serta perubahan pasca pandemik COVID-19 yang telah mengaburkan sempadan antara kerja dan kehidupan peribadi. Dimensi WLB seperti Work Interference with Personal Life (WIPL) dan Personal Life Interference with Work (PLIW) didapati memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan pekerja, manakala dimensi positif seperti Personal Life Enhancement of Work (PLEW) dan Work Enhancement of Personal Life (WEPL) menyumbang kepada peningkatan kepuasan kerja dan kualiti hidup. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa WLB yang baik berupaya mengurangkan tekanan dan burnout serta meningkatkan motivasi, prestasi dan kesejahteraan psikologi pekerja. Namun demikian, terdapat jurang ketara dalam literatur sedia ada yang masih kurang menekankan integrasi nilai etos kerja Islam dalam kerangka WLB, khususnya dalam konteks Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan gabungan nilai RAHMAH Madani seperti ihsan, amanah, tanggungjawab sosial dan kesejahteraan sebagai pendekatan berasaskan nilai untuk memperkukuh keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance, WLB) secara lebih holistik. Kesimpulannya, pembangunan model WLB yang menggabungkan dimensi kerja-kehidupan dengan etos kerja Islam berpotensi meningkatkan kesejahteraan pekerja, memperkukuh produktiviti organisasi serta menyokong pembangunan masyarakat Madani yang seimbang dan mampan di Malaysia.

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Abdullah, A. ., Anas, N. ., Wan Azli, W. S. ., Johari, M. E. ., Majidillah, M. K. ., Hasan, H. ., & Abdullah, A. . (2026). KESEIMBANGAN PEKERJAAN-KEHIDUPAN: KONSEP, REALITI MODEN DAN CABARAN DI MALAYSIA. Jurnal Al-Sirat, 26(1), 16-30. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.581

Most read articles by the same author(s)