TINGKAH LAKU LEKAFON DALAM KALANGAN IBU BAPA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBANGUNAN SPIRITUAL KANAK-KANAK: ANALISIS MENURUT PSIKOSPIRITUAL ISLAM

Authors

  • Amin Che Ahmat
  • Shahril Nizam Zulkipli
  • Izatul Akmar Ismail
  • Norazmi Anas
  • Nurul Hidayah Aziz
  • Ahmad Bakhtiar Jelani

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.584

Keywords:

Interaksi kekeluargaan, Lekafon, Masyarakat 5.0, Pembangunan spiritual kanak-kanak, Psikospiritual Islam

Abstract

Dalam era kehidupan Masyarakat 5.0 yang menekankan integrasi teknologi digital berpusatkan manusia, penggunaan telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Dalam konteks institusi kekeluargaan. perkembangan ini turut menyumbang kepada kemunculan fenomena phubbing (lekafon) dalam kalangan ibu bapa iaitu kecenderungan mengabaikan interaksi bersemuka akibat kebergantungan kepada peranti digital. Fenomena ini berpotensi menjejaskan proses pendidikan dan pembangunan spiritual kanak-kanak yang bermula daripada institusi keluargaan. Namun begitu, kajian berkaitan implikasi lekafon dalam kalangan ibu bapa terhadap pembangunan spiritual kanak-kanak dari perspektif psikospiritual Islam masih terhad khususnya yang mengintegrasikan pemikiran sarjana Islam. Oleh itu, kajian ini menganalisis kesan tingkah laku phubbing ibu bapa terhadap pembangunan spiritual kanak-kanak dengan mengintegrasikan pemikiran Imam al-Ghazali dan Abdullah Nasih Ulwan. Kajian kualitatif ini menggunakan sumber kepustakaan dan analisis tematik melibatkan sumber-sumber kontemporari dan karya-karya tokoh Islam. Dapatan menunjukkan bahawa lekafon dalam kalangan ibu bapa melemahkan kualiti interaksi ibu bapa dan kanak-kanak, menghakis peranan teladan (qudwah hasanah) dan mengganggu proses tazkiyyah al-nafs dalam mendidik akhlak mereka sejak kecil. Perkara ini menjadi cabaran baharu kepada ibu bapa dalam menjalankan amanah dan fungsi mereka sebagai murabbi dalam membentuk jiwa kanak-kanak. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan satu kerangka psikospiritual Islam yang menekankan keseimbangan antara penggunaan teknologi dan tanggungjawab tarbiah dalam pembangunan spiritual kanak-kanak secara holistik.

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Che Ahmat, A. ., Zulkipli, S. N., Ismail, I. A. ., Anas, N. ., Aziz, N. H. ., & Jelani, A. B. . (2026). TINGKAH LAKU LEKAFON DALAM KALANGAN IBU BAPA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBANGUNAN SPIRITUAL KANAK-KANAK: ANALISIS MENURUT PSIKOSPIRITUAL ISLAM . Jurnal Al-Sirat, 26(1), 56-68. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.584

Most read articles by the same author(s)