TRADISI MEMELIHARA BURUNG DALAM SANGKAR MASYARAKAT MELAYU DARIPADA PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

Authors

  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh
  • Muhammad A’tif Fitri Muhammad Salim
  • Paiz Hassan
  • Ahmad Bakhtiar Jelani
  • Mohammad Bakri Abdul Rahim

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.582

Keywords:

budaya Melayu, burung dalam sangkar, hukum Islam, ihsân, maqāṣid syariah

Abstract

Artikel ini meneliti amalan memelihara burung dalam sangkar sebagai satu budaya yang kekal subur dalam kalangan masyarakat Melayu  terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir kota  dan bagaimana amalan tersebut dilihat dari sudut hukum Islam. Budaya ini bukan sahaja dilihat sebagai hobi dan hiburan tetapi juga sebagai simbol identiti, sosial dan estetika. Namun demikian dari perspektif syariat Islam amalan itu menimbulkan persoalan berkaitan kebajikan haiwan, tanggungjawab manusia sebagai khalīfah di bumi dan prinsip ihsân terhadap makhluk. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan sorotan literatur serta beberapa fatwa dan pandangan ulama untuk memahami makna budaya dan implikasi syarak terhadap pemeliharaan burung dalam sangkar. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun Islam tidak secara spesifik melarang pemeliharaan burung, ia mensyaratkan agar pemeliharaannya dilakukan dengan penuh tanggungjawab, berdasarkan prinsip kasih sayang (rahmah), kebajikan haiwan dan bebas daripada unsur pembaziran, riya’ atau penderaan. Artikel ini mencadangkan satu rangka fiqh pemeliharaan haiwan berasaskan maqāṣid syariah dan nilai ihsân untuk mengharmonikan budaya Melayu dengan tuntutan Islam.

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Yusof @ Salleh, M. Y. ., Muhammad Salim, M. A. F. ., Hassan, P. ., Jelani , A. B. ., & Abdul Rahim, M. B. . (2026). TRADISI MEMELIHARA BURUNG DALAM SANGKAR MASYARAKAT MELAYU DARIPADA PERSPEKTIF HUKUM ISLAM. Jurnal Al-Sirat, 26(1), 31-43. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.582

Most read articles by the same author(s)