ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL FIQH AL-I‘LAM DALAM PENYAMPAIAN JAWAPAN HUKUM RUANGAN SOAL JAWAB MEDIA MASSA DI MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan
  • Muhd Imran Abd Razak
  • Paiz Hassan
  • Muhammad Yusri Yusof @Salleh
  • Mohd Farhan Abd Rahman
  • Atiratun Nabilah Jamil

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.589

Keywords:

Fiqh al-I‘lam, Media Massa, Jawapan Hukum, Komunikasi Islam, Analisis Keperluan

Abstract

Kajian ini meneliti keperluan pembinaan Model Fiqh al-I‘lam dalam Penyampaian Jawapan Hukum Melalui Ruangan Soal Jawab Agama Media Massa di Malaysia. Perkembangan pesat media serta peningkatan kompleksiti persoalan syariah telah mewujudkan cabaran baharu yang tidak lagi memadai ditangani melalui pendekatan fiqh dan dakwah konvensional. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti jurang amalan semasa dan menilai keperluan terhadap satu model penyampaian hukum yang lebih tersusun, kontekstual dan berautoriti. Kajian menggunakan pendekatan penyelidikan Design & Development Research (DDR), dengan memfokuskan kepada fasa pertama, analisis keperluan. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur terhadap enam orang pakar yang terdiri daripada panelis media dan pengamal Syariah berpengalaman, serta dianalisis menggunakan proses pengekodan tematik deduktif. Dapatan kajian mengenal pasti lapan tema kritikal yang mencerminkan jurang sistemik dalam amalan semasa, iaitu kekerapan persoalan syariah, ketiadaan garis panduan khusus, kelemahan komunikasi dakwah, isu luar bidang kepakaran, perbezaan fatwa, perbezaan mazhab, ketidakselarasan dengan realiti setempat serta keperluan pembinaan model. Analisis menunjukkan bahawa kelemahan utama bukan hanya terletak pada kandungan hukum, tetapi pada kegagalan mengintegrasikan dimensi komunikasi, autoriti, konteks sosial dan pengurusan khilaf dalam penyampaian hukum melalui media massa. Tuntasnya, kajian ini mengemukakan justifikasi empirikal yang kukuh bahawa Model Fiqh al-I‘lam merupakan satu keperluan strategik dalam memperkukuh ekosistem penyampaian hukum Islam kontemporari. Model ini berpotensi berfungsi sebagai kerangka integratif yang menggabungkan prinsip fiqh, komunikasi dakwah dan realiti media, sekali gus berpotensi meningkatkan ketepatan, konsistensi dan keberkesanan penyampaian hukum kepada masyarakat melalui medium media massa. 

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Mohd Ridzuan, M. A. ., Abd Razak, M. I. ., Hassan, P. ., Yusof @Salleh, M. Y. ., Abd Rahman, M. F. ., & Jamil, A. N. . (2026). ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL FIQH AL-I‘LAM DALAM PENYAMPAIAN JAWAPAN HUKUM RUANGAN SOAL JAWAB MEDIA MASSA DI MALAYSIA . Jurnal Al-Sirat, 26(1), 123-142. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.589

Most read articles by the same author(s)