MELANGIR KERIS DALAM TRADISI MELAYU: ANALISIS ‘URF ANTARA WARISAN BUDAYA DAN PARAMETER SYARIAH
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.585Keywords:
Melangir keris, ‘urf, fiqh budaya, warisan Melayu, parameter syariah, akidahAbstract
Amalan melangir keris merupakan salah satu tradisi warisan masyarakat Melayu yang berkait rapat dengan pemeliharaan artifak pusaka serta simbolisme identiti dan kedaulatan. Keris bukan sekadar senjata tradisional bahkan berfungsi sebagai lambang maruah, autoriti dan kesinambungan keturunan dalam struktur sosial Melayu. Dalam sesetengah komuniti, amalan melangir turut disertai dengan penggunaan asap seperti kemenyan atau gaharu yang membawa pelbagai tafsiran budaya dan metafizik. Artikel ini bertujuan menganalisis kedudukan amalan melangir keris berdasarkan konsep ‘urf dalam usul fiqh dengan memberi tumpuan kepada pembezaan antara ‘urf ṣaḥīḥ dan ‘urf fāsid. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis konseptual dan sintesis literatur terhadap sumber fiqh klasik serta kajian budaya Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa melangir keris boleh dikategorikan sebagai adat yang diiktiraf syarak sekiranya bertujuan pemeliharaan fizikal dan penghormatan budaya tanpa disertai unsur kepercayaan khurafat. Namun, apabila amalan tersebut dikaitkan dengan pemujaan, kepercayaan terhadap kuasa ghaib atau pengasapan berunsur mistik maka ia tergolong dalam ‘urf fāsid yang bercanggah dengan prinsip tauhid. Artikel ini menegaskan bahawa pendekatan fiqh al-‘ādah berperanan penting dalam menyeimbangkan antara pemeliharaan warisan budaya dan pemurnian akidah dalam masyarakat Melayu kontemporari.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




