KRITERIA PEMATUHAN SYARIAH BAGI PENGGUNA GIMNASIUM DI MALAYSIA

Authors

  • Syahmi’rul Afiq Saiful Amir
  • Mohd Zahirwan Zainal Abidin
  • Paiz Hassan
  • Muhammad Yusri Yusof@Salleh

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.592

Keywords:

Pematuhan Syariah, gimnasium, aurat, muamalat Islam, kecergasan Muslim, Malaysia

Abstract

Industri kecergasan dan gimnasium di Malaysia telah berkembang pesat seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan fizikal. Walau bagaimanapun, bagi pengguna Muslim, isu pematuhan terhadap prinsip-prinsip Syariah dalam aktiviti gimnasium masih kurang mendapat perhatian dalam kajian akademik. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kriteria patuh Syariah yang perlu dipatuhi oleh pengguna gimnasium Muslim di Malaysia, merangkumi aspek aurat, pergaulan antara lelaki dan wanita, peralatan, pakej kewangan serta persekitaran umum. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen daripada sumber-sumber seperti al-Quran, hadis, fatwa-fatwa tempatan dan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kriteria utama yang perlu dipenuhi bagi memastikan penyertaan dalam aktiviti gimnasium selaras dengan kehendak Hukum Syarak. Implikasi kajian ini dapat membantu pengusaha gimnasium, badan pengawal selia dan pengguna Muslim dalam membuat keputusan yang lebih menepati prinsip-prinsip Islam. 

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Saiful Amir, S. A. ., Zainal Abidin, M. Z. ., Hassan, P. ., & Yusof@Salleh, M. Y. . (2026). KRITERIA PEMATUHAN SYARIAH BAGI PENGGUNA GIMNASIUM DI MALAYSIA . Jurnal Al-Sirat, 26(1), 173-186. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.592

Most read articles by the same author(s)