PEMBINAAN SEMULA MUSEOLOGI ISLAM DALAM DUNIA PASCA KOLONIAL: MUZIUM MASJID SULTAN ABDULLAH SEBAGAI ARKIB EPISTEMIK ALTERNATIF DAN MODEL KURATORIAL TAUHIDIK
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.594Keywords:
Muzium Islam, museologi pascakolonial, sudut pandang Islam, Hukum Kanun Pahang, warisan IslamAbstract
Artikel ini menganalisis pembinaan semula museologi Islam dalam konteks pascakolonial dengan menjadikan Muzium Masjid Sultan Abdullah (MMSA) sebagai kajian kes utama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis literatur dan interpretasi artifak bagi meneliti bagaimana susunan dan tafsiran artifak membentuk satu sistem pengetahuan berasaskan sudut pandang Islam. Dapatan menunjukkan bahawa artifak seperti manuskrip al-Qur’an, Batu Nisan Permatang Pasir, Hukum Kanun Pahang (HKP), peralatan sains dan objek kehidupan harian memperlihatkan kesinambungan antara akidah, ilmu, kehidupan sosial dan kenegaraan dalam pembinaan tamadun Melayu-Islam di Pahang. Pendekatan kuratorial dalam MMSA menekankan prinsip tauhid sebagai asas epistemologi serta mengekalkan hubungan antara makna spiritual dan fungsi asal artifak. Kajian ini memperlihatkan bahawa MMSA berfungsi sebagai arkib epistemik alternatif yang menyampaikan sistem pengetahuan Islam secara menyeluruh, serta mencadangkan model museologi Islam pascakolonial berteraskan tauhid, turāth dan adab sebagai kerangka konseptual baharu dalam wacana museologi kontemporari.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




