PENEROKAAN TAHAP PENCAPAIAN INTERNET TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Authors

  • Muhammad Afiq Anuar
  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani

Keywords:

Pembelajan dalam talian, cabaran, pengajaran dan pembelajaran, internet.

Abstract

Pembelajaran dalam talian telah menjadi norma baharu dalam landskap pendidikan global, terutamanya selepas era pandemik COVID-19. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk fleksibiliti masa, ruang, dan akses kepada bahan digital. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar memiliki keupayaan yang sama untuk mengakses kemudahan teknologi dan sambungan internet yang stabil, khususnya pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap akses terhadap jaringan internet di kediaman pelajar dan impaknya terhadap pengalaman PdP atas talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian kes. Seramai enam orang peserta telah dipilih secara purposif dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang ketika itu mengikuti sesi PdP dari rumah masing-masing. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mengenal pasti empat isu utama yang dihadapi oleh pelajar, iaitu: (i) capaian internet yang tidak stabil; (ii) kos langganan internet yang tinggi; (iii) persekitaran rumah yang kurang kondusif untuk pembelajaran; dan (iv) tahap keberkesanan pembelajaran secara maya yang dianggap kurang memuaskan. Kesimpulannya, hasil kajian ini memberikan gambaran jelas mengenai cabaran pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar pascasiswazah, khususnya di institusi pengajian tinggi. Implikasi kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak universiti dan pembuat dasar untuk merangka pendekatan PdP yang lebih inklusif dan lestari.

Downloads

Published

2025-04-29

How to Cite

Muhammad Afiq Anuar, & Mohammad Taufiq Abdul Ghani. (2025). PENEROKAAN TAHAP PENCAPAIAN INTERNET TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Jurnal Al-Sirat, 25(1), 48-61. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/396