ANALISIS PENGGUNAAN GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN BALAGHAH DALAM KALANGAN PELAJAR ISMP BAHASA ARAB UPSI
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.549Keywords:
gamifikasi, Balaghah, Pembelajaran Bahasa Arab, Pengajaran Berasaskan Teknologi, Motivasi PelajarAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap penggunaan gamifikasi dalam pembelajaran Balaghah dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Isu utama yang dikenal pasti ialah kesukaran pelajar memahami konsep abstrak seperti isti‘arah, kinayah, dan majaz disebabkan pendekatan tradisional yang bersifat teori dan tidak interaktif. Dalam konteks Revolusi Industri 4.0, pelajar generasi digital lebih responsif terhadap pendekatan berasaskan teknologi yang menyeronokkan dan berorientasikan visual, menjadikan gamifikasi sebagai strategi pembelajaran yang berpotensi tinggi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bagi meneroka pengalaman dan persepsi pelajar terhadap penggunaan gamifikasi. Sampel terdiri daripada pelajar ISMP Bahasa Arab yang pernah mengikuti kursus Balaghah dan terlibat dengan aplikasi seperti Kahoot, Quizizz, dan Wordwall. Data dianalisis secara tematik menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan gamifikasi adalah tinggi dan memberikan kesan positif terhadap motivasi, fokus, dan kefahaman pelajar. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran turut dikenal pasti seperti masalah sambungan internet, kekangan masa, dan keperluan persediaan teknikal pensyarah. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa gamifikasi mampu meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran Balaghah serta memperkukuh keberkesanan pedagogi berasaskan teknologi. Kajian masa hadapan disarankan untuk membangunkan platform gamifikasi khusus Balaghah dan menilai keberkesanannya melalui pendekatan campuran atau longitudinal bagi memastikan impak jangka panjang terhadap penguasaan pelajar.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




