PENGALAMAN KOMUNIKASI DAN STRATEGI PEDAGOGI BAHASA ARAB: SATU KAJIAN FENOMENOLOGI DI THAILAND

Authors

  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani
  • Muhammad Ikhwan Rahmatan

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.445

Abstract

Strategi pedagogi merupakan aspek yang sangat penting khususnya buat pendidik bagi menyampaikan ilmu pengetahuan serta membimbing pelajar dalam proses pembelajaran. Ia melibatkan pelbagai teknik, kaedah komunikasi, dan alat bantu mengajar yang dirancang secara berkesan untuk mencapai objektif pembelajaran.. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman komunikasi dan strategi pedagogi guru pelatih semasa latihan mengajar di Thailand. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kualitatif dengan pendekatan fenomenologi untuk memahami pengalaman komunikasi dan strategi pedagogi guru pelatih. Manakala, sampel kajian terdiri daripada 4 orang pelajar yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui instrumen temu bual yang dirangka secara berstruktur dan dijalankan secara individu. Analisis data pula menggunakan perisian Atlas.ti. Data dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama dalam pengalaman komunikasi dan strategi pedagogi semasa latihan mengajar mereka. Dapatan kajian menunjukkan tiga tema utama terhasil selepas analisis. Pertama, komunikasi. Guru pelatih menyesuaikan cara penyampaian dan komunikasi dengan menggunakan bahasa Arab mudah, bahasa tubuh, serta bantuan bahasa Inggeris dan Thai bagi memastikan kefahaman pelajar. Tema kedua pula ialah strategi pedagogi. Guru pelatih mengaplikasikan pelbagai pendekatan seperti pengulangan, penterjemahan, permainan, lakonan, penerangan, kolaboratif dan demonstrasi bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Tema ketiga iaitu penggunaan bahan bantu mengajar seperti kad imbas, kamus, video dan aplikasi digital seperti Google Translate didapati membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara keseluruhan, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan keberkesanan latihan mengajar pelajar bahasa Arab serta menjadi panduan kepada universiti dan sekolah dalam merancang program latihan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan konteks budaya berbeza.

Downloads

Published

2025-10-31

How to Cite

Abdul Ghani, M. T., & Rahmatan, M. I. . (2025). PENGALAMAN KOMUNIKASI DAN STRATEGI PEDAGOGI BAHASA ARAB: SATU KAJIAN FENOMENOLOGI DI THAILAND. Jurnal Al-Sirat, 25(2), 44-57. https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.445