KAJIAN TENTANG PERSEPSI GURU TERHADAP PERKEMBANGAN PROFESIONALISME DALAM AMALAN PENGAJARAN
Keywords:
Persepsi, Perkembangan Professional, Amalan PengajaranAbstract
Kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru yang berpengalaman
terhadap perkembangan profesionalisme mereka di dalam amalan pengajaran dan bagaimana mereka
mendapati bahawa diri mereka telah mencapai kriteria profesional. Kajian ini merupakan kajian
Kualitatif. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur. Seramai tiga orang
guru telah dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Dapatan kajian menyatakan sebahagian
pelaksanaan tidak efektif dan menepati keperluan guru, kekangan kewangan menjadi isu dalam
perkembangan profesionalisme dan penggunaan teknologi terkini dan aplikasinya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi keperluan masa kini.
Downloads
Published
2021-11-29
How to Cite
Seriayuna binti Sa’don Zubir, & Norillah binti Abdullah Hassim. (2021). KAJIAN TENTANG PERSEPSI GURU TERHADAP PERKEMBANGAN PROFESIONALISME DALAM AMALAN PENGAJARAN. Jurnal Al-Sirat, 17(1), 96-116. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/67
Issue
Section
Articles