FALSAFAH SENI ISLAM MENURUT SEYYED HOSSEIN NASR, MUHAMMAD IQBAL DAN HAZRAT INAYAT KHAN: SUATU ANALISIS EPISTEMOLOGI ESTETIK
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.446Abstract
Makalah ini membincangkan perspektif beberapa tokoh utama terhadap seni dalam konteks Islam dan moden, termasuk Seyyed Hossein Nasr, Muhammad Iqbal, dan Hazrat Inayat Khan. Nasr menekankan kepentingan seni sebagai manifestasi ilmu suci (scientia sacra) dan pemulihan tradisi spiritual yang terhapus oleh kemodenan yang bersifat desakral dan materialistik. Beliau mengklasifikasikan seni Islam kepada empat kategori sakral, tradisional, keagamaan dan profan. Iqbal pula melihat seni sebagai ekspresi ego yang aktif dan daya cipta yang menzahirkan peranan manusia dalam memperindah dunia ciptaan Tuhan, serta menekankan keperluan jati diri dalam penghasilan seni. Sementara itu, Hazrat Inayat Khan menyoroti muzik sebagai bentuk ekspresi tertinggi yang membawa manusia kepada keharmonian ilahiah, dengan muzik dianggap sebagai asas kewujudan dan saluran untuk pencerahan rohani. Kajian ini menegaskan bahawa seni tidak hanya bersifat estetika, tetapi merupakan jalan spiritual dan intelektual yang menyatukan manusia dengan fitrah dan ketuhanan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



