KEINDAHAN SEBAGAI JALAN MENUJU TUHAN: ANALISIS FALSAFAH SENI ISLAM BERDASARKAN PEMIKIRAN ISMAIL RAJI AL-FARUQI
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.449Abstract
Artikel ini meneliti pemikiran Ismail Raji al-Faruqi yang tajam, jelas, dan tegas dalam menghuraikan falsafah seni Islam yang berteraskan perpaduan antara keindahan dan nilai spiritual sebagai medium untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Berbeza dengan pendekatan seni moden yang cenderung kepada ekspresi subjektif dan estetika formalistik, Faruqi menegaskan bahawa seni dalam tradisi Islam merupakan cerminan dimensi transenden serta tatanan visual yang berpaksikan nilai ketuhanan, yang berperanan menyucikan jiwa dan memperkukuh makna kehidupan. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri konsep seni Islam menurut Faruqi dari aspek metafizik, etika dan spiritual yang membentuk asas pemikiran estetik beliau, serta menilai bagaimana gagasan tersebut membina pandangan alam Islam yang menyepadukan akal, rasa, dan iman dalam konteks semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis wacana terhadap syarahan, penulisan dan tafsiran Fahruddin Faiz bagi memahami bagaimana seni diposisikan sebagai jalan kerohanian dan manifestasi tauhid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa falsafah seni Islam menurut Faruqi membentuk kerangka metafizik yang holistik dan fungsional, di mana keindahan tidak hanya bersifat estetika, tetapi menjadi jendela kontemplatif menuju makrifat dan pengabdian kepada Ilahi. Signifikan kajian ini terletak pada sumbangannya dalam memperkukuh kefahaman hubungan antara seni, falsafah dan spiritualiti Islam serta memperluas asas teori seni Islam yang bersifat integratif dan transformatif.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



