PERBANDINGAN PEMIKIRAN CHRIS BARKER DAN EMMA A. JANE DALAM KAJIAN BUDAYA DAN WACANA MEDIA: ANALISIS TERHADAP KUASA, IDEOLOGI DAN IDENTITI

Authors

  • Mohamad Azizie Nordin
  • Saiful Akram Che Cob

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.448

Abstract

Kajian budaya menawarkan rangka kerja kritis untuk memahami bagaimana kuasa, ideologi, dan identiti berinteraksi dalam wacana media. Media bukan sekadar saluran komunikasi, tetapi juga ruang di mana makna dihasilkan, dikawal, dan ditentang. Artikel ini menganalisis bagaimana media membentuk serta menyebarkan ideologi dominan yang mempengaruhi pembentukan identiti individu dan kolektif. Dengan menggunakan pendekatan teori kajian budaya, perbincangan ini meneroka bagaimana representasi dalam media mencerminkan serta memperkukuh hubungan kuasa dalam masyarakat. Kajian ini turut menyoroti bagaimana kelompok sosial tertentu mengadaptasi dan meresistensi ideologi yang dipaksakan melalui wacana media. Implikasi kajian ini memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan media dalam membentuk pemikiran sosial serta kepentingan wacana kritis dalam meneliti naratif yang mendominasi ruang awam.

Downloads

Published

2025-10-31

How to Cite

Nordin, M. A., & Che Cob, S. A. (2025). PERBANDINGAN PEMIKIRAN CHRIS BARKER DAN EMMA A. JANE DALAM KAJIAN BUDAYA DAN WACANA MEDIA: ANALISIS TERHADAP KUASA, IDEOLOGI DAN IDENTITI. Jurnal Al-Sirat, 25(2), 78-87. https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.448